SPECIAL
PAGES
Elaine sandar tuah
kaki di Athens
Oleh Haryani Ngah | Gambar Rosli Ahmad
HATI siapa tidak kecewa apabila pingat emas
yang sebelum ini teguh dalam genggaman pada dua temasya Sukan Sea
terdahulu terlepas begitu saja di Vietnam tahun lalu berikutan
kecederaan yang dialami dan hanya gangsa mampu dibawa pulang.
Namun
kekecewaan itu bertukar menjadi berita paling gembira buat atlit
taekwondo wanita negara, Elaine Teo apabila dia layak mewakili negara ke
Sukan Olimpik 2004 di Athens, September depan selepas berjaya tempat
kedua kategori flyweight di Kejohanan Pra Olimpik di Bangkok, Februari
lalu.
EPG: Terlebih dulu saya ingin mengucapkan tahniah kerana berjaya
mendapat tempat ke Olimpik.
Elaine: Terima kasih.
EPG: Boleh ceritakan sedikit detik gembira yang melayakkan anda ke
temasya paling berprestij itu?
Elaine: Ia bukan sesuatu yang mudah kerana sebelum menyertai
kejohanan itu saya diberitahu hanya dua peserta terbaik saja layak ke
olimpik dan ketika itu saya sangat berdebar kerana tidak tahu siapa
lawan saya pada perlawanan pusingan pertama dan apabila tiba di sana saya mendapat khabar gembira kerana diberitahu syarat diubah kepada tiga
peserta terbaik dan ia cukup melegakan saya. Apapun kegembiraan itu
sementara apabila senarai peserta dikeluarkan saya diundi berdepan
dengan pemenang pingat emas dari
Vietnam dan pastinya dia menjadi peserta pilihan tapi sebaik masuk ke
gelanggang saya bertekad nak menang dan syukur saya berjaya
menumbangkannya. Kejayaan ke atas peserta Vietnam itu meletakkan sebelah
kaki saya ke Sukan Olimpik dan saya perlu menang pada perlawanan
berikutnya kerana jika kalah laluan saya akan lebih berliku. Kemenangan
ke atas peserta Vietnam itu membangkitkan semangat saya untuk
mengenepikan peserta Jordan di pusingan kedua dan sekali gus melayakkan
diri ke Sukan Olimpik. Untuk mengelakkan kecederaan jurulatih meminta
saya menarik diri daripada perlawanan pertama ketika berdepan peserta
Taiwan.
EPG: Pastinya sekarang ini anda begitu sibuk?
Elaine: Memang sibuk kerana minggu ini saya akan ke Korea Selatan
untuk menjalani latihan dan seterusnya menyertai kejohanan selama 10
hari dan kemudiannya pulang ke Malaysia dan Jun depan saya akan Greece
untuk kejohanan dan selepas itu saya akan ke Korea Selatan lagi untuk
latihan dan akan pulang Ogos depan.
EPG: Seronok ya dapat mewakili negara ke Olimpik.
Elaine: Ya peluang ini adalah cita-cita bagi setiap atlit dan yang
pasti saya dapat meneruskan kesinambungan peserta taekwondo ke temasya
ini selepas Lee Wan Yuen empat tahun lalu.
EPG: Sasaran anda di sana?
Elaine: Saya belum dapat nyatakan
buat masa sekarang kerana jika undian pusingan awal menemukan saya
dengan peserta Korea Selatan ia sesuatu yang sukar.
EPG: Kecederaan di bahagian kaki yang anda alami semasa beraksi di
Sukan Sea dulu dah pulih ke?
Elaine: Sudah pulih tetapi saya
perlu berhati-hati supaya tidak berulang.
EPG: Saya lihat dunia anda hanya dengan latihan saja tidak
ada rasa
tertekan ke?
Elaine: Tidak kerana jangka hayat buat atlit taekwondo
bukannya
panjang jadi saya perlu manfaatkan peluang itu
sebaik mungkin.
EPG: Kalau tidak taekwondo, sukan apa yang anda yang
anda suka?
Elaine: Saya gemarkan badminton dan bola keranjang.
EPG:
Tak rasa acara ni bahaya ke?
Elaine: Kalau guna yang betul tidak.
EPG: Bagaimana anda boleh terbabit dalam acara ini?
Elaine: Saya mula terbabit semasa di darjah empat ketika bersekolah
di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pay Fong 2 di Melaka.
Masa tu
masuk hanya untuk aktiviti sekolah saja dan tak terfikir akan
pergi jauh
dan lepas tu ingin mempertahankan diri tetapi lama
kelamaan makin
seronok pula dan terus serius.
EPG: Soalan terakhir, sampai bila anda ingin terus mewakili
negara?
Elaine: Saya akan terus memberi tumpuan dan berharap dapat wakil
negara ke Sukan Asia 2006.
EPG: Semoga cita-cita anda berjaya dan berharap anda dapat
mengulangi
kejayaan M Vasugi membawa pulang pingat di
Sukan Olimpik menerusi
taekwondo.
Elaine: Terima kasih di atas sokongan anda.
ELAINE TEO
TARIKH LAHIR: 5 Februari 1981
ASAL: Bukit Cina, Melaka
BERAT: 51kg
TINGGI:164sm
KATEGORI: Flyweight
PENCAPAIAN TERBAIK: Emas - Sukan Sea 1999, Emas - Sukan Sea 2001, Gangsa
- Sukan Sea 2003, Perak - Kejohanan Pra Olimpik 2004 Thailand
|